Jumaat lepas, selesai sudah recording podcast #syauqiborakapa episod kedua bersama tetamu istimewa, Business Development Director Maxxan Realty, Tuan Shukri Zohari. Dalam sesi ini, kami berbual tentang perjalanan kariernya yang menarik, dari seorang ejen hartanah hingga kini menjadi salah seorang pengarah di Maxxan Realty.
Antara learning point yang saya rasa penting untuk dikongsi adalah tentang hakikat bahawa, sehebat mana pun kita dalam sesuatu bidang, jika kita terus mengulangi perkara yang sama setiap hari selama bertahun-tahun, kebosanan dan hilang arah mungkin akan berlaku. Ini adalah cabaran yang dihadapi oleh Tuan Shukri Zohari ketika awal kariernya sebagai ejen hartanah.
Pada mulanya, menjadi ejen hartanah mungkin kelihatan menarik kerana potensi pendapatan yang lumayan, tetapi setelah bertahun-tahun melakukan aktiviti yang sama, Shukri merasakan duit bukan lagi fokus utama. Beliau mula mencari sesuatu yang baru dalam hidupnya, dan inilah yang mendorongnya untuk terjun ke dalam industri lain seperti cleaning & service sebelum akhirnya kembali semula kepada industri hartanah.
Saya sempat bertanya kepadanya, “Apa solusi untuk ejen hartanah agar mereka boleh bertahan lama dalam industri?”
Beliau menjawab, “Sebaik saja menjadi ejen hartanah, kita perlu ada career path yang jelas. Bukan hanya fokus pada jual rumah semata-mata. Bila ada career path, barulah kita tahu apa yang perlu dilakukan dalam tahun pertama, apa target dalam 5 tahun seterusnya, dan di mana kita akan berada dalam 10 tahun akan datang.” Ini menekankan betapa pentingnya agensi hartanah yang menyediakan panduan jelas kepada ejen dari hari pertama.
Terima kasih banyak kepada Tuan Shukri Zohari kerana sudi menjadi tetamu untuk episod kedua ini. Banyak lagi cerita-cerita menarik yang dikongsikan, dan anda boleh menunggu episod penuh #syauqiborakapa podcast untuk lebih banyak inspirasi dan pengalaman berharga dari dunia hartanah.
Stay tuned, guys!