Profil
Assalamualaikum, salam sejahtera.
Nama saya Syauqi Atar, seorang Perunding Hartanah sepenuh masa yang berpusat di Ipoh, Perak.
Empat tahun yang lalu, saya memulakan perniagaan makanan ringan dengan impian untuk menjadi seorang pengasas. Idea untuk menjual makanan ringan tercetus ketika saya sedang mencari peluang perniagaan selepas menamatkan pengajian di peringkat diploma. Saya inginkan produk yang mudah dijual, terutama kepada rakan-rakan.
Pada suatu ketika, seorang rakan kepada ibu saya memperkenalkan saya kepada produk usahawan IKS, rempeyek cheese. Selepas mencubanya, saya terus membuat keputusan untuk menjual produk tersebut.
Tanpa membuang masa, saya mencari nama, logo, dan terus ke Kedah untuk mendapatkan stok pertama. Saya mula merekrut ejen, dan ejen paling cemerlang ketika itu ialah Naquib Rahimi. Selepas beberapa ketika, dia dilantik menjadi rakan kongsi, dan perjalanan perniagaan kami bersama bermula dari situ hingga kini.
Namun, ketika pandemik Covid-19 melanda, perniagaan kami menghadapi cabaran yang sangat besar untuk bertahan. Bisnes yang bergantung pada sokongan rakan-rakan tidak mampu berkembang. Pada saat genting itulah, ibu saya menanyakan satu soalan yang membuatkan saya merenung kembali pilihan saya, akhirnya saya memutuskan untuk menghentikan perniagaan makanan ringan dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada bidang hartanah.
Alhamdulillah, salah satu pencapaian terbesar saya dalam bidang hartanah ialah berpeluang menunaikan umrah pada bulan Ramadan tahun ini, pada usia 23 tahun, bersama rakan kongsi perniagaan lama saya.
Saya tidak pernah menganggap pengalaman lalu sebagai sia-sia, kerana ia memberikan banyak pengajaran berharga.
Bagi saya, selagi kita terus berusaha menuju matlamat, kita tidak pernah gagal, meskipun bidang perniagaan kita berubah. Matlamat kita tetap sama, hanya jalan yang kita pilih untuk mencapainya yang berbeza.
Syauqi Atar | Team Safrich | Negotiator Maxxan Realty Sdn. Bhd. | Ejen Hartanah Berdaftar

Followers
Followers
Followers
Videos
Seperti Yang Terpapar Di:



